Isnin, 14 Oktober 2013

Salam AidilAdha!


HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

 

Khamis, 10 Oktober 2013

Sebelum Kau Menjadi Yang Halal Untukku


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin.

Sumber : Mr. Google

P/S: SALAM JUMAAT SEMUA,.
Credit to : PAGE Cinta Selepas Nikah

Rabu, 9 Oktober 2013

Kaum Hawa, sila jaga diri anda sebaik mungkin !


tengah scroll TL facebook tetiba nampak ramai gila post pasal cerita kes rogol student kptm kl tu, dan yang membuat kerja terkutuk tu ialah mamat bangla?! Lepastu mangsa tu pulak dirogol bergilir-gilir oleh 13 orang manusia kejam! Ya Allah, korang ni manusia ke apa hah?! Banyak jugak kes lain yang orang satu kaum, seagama dengan kita rogol bangsa sendiri.. what the ****?!  kenapa lah kejam sangat.. Sampai mangsa meninggal dunia pulak tu..astaghafirullahhalazim...Cubalah fikir sikit kalau benda yang sama terjadi pada keluarga korang, korang sanggup ke tengok family korang menderita?! tak tahu nak cakap apa dah.. Kes macam ni dah berlambak-lambak dah sekarang..Dunia akhir zaman lah katakan.. So, wahai kaum hawa, adik, kakak, makcik, nenek semua tolong jaga diri anda! TOLONG jangan mudah percaya sangat kata-kata orang lain even kawan kita sendiri.. dah terlalu banyak kes kawan yang tak boleh harap, sampai sanggup makan kawan sendiri..ish ish ish.. Kalau nak keluar tu harap jangan lah keluar sorang-sorang and jangan terlalu berani jugak  sebab kaum adam ni pantang dicabar.. Lastly, tolonggglah kalau boleh pakai pakaian yang boleh menyelamatkan kita bukan yang boleh memudaratkan diri sendiri *paham-paham sendirilah ye*  OKAYLAH, itu je buat masa sekarang ni,.. moga-moga kita sama-sama dilindungi olehNYA dan dijauhi daripada ancaman sebegini.. AMIN

Selasa, 8 Oktober 2013

CFS IIUM should i???


bukak je email tgh hari tadi, dapat email dari iium diorang bagitahu mira ditawarkan course
 FOUNDATION IN HUMAN SCIENCE
Sekarang ni buntu gila tak tahu nak buat apa..dah lah takda basic arab langsung, even bacaan tajwid pon tak berapa nak betul..*malu nak ngaku..huhu*
tapi rasa macam nak pergi je.. coz i think it os a good chance for me..bukan semua orang dapat peluang macam ni kan..huhu..buntuuuuuu teramattttt sangattttt
Banyak giler soalan nak tanya pasal cfs iium ni.. kalau ade sesapa kenal orang yg study situ *kalau dapat yang course HS jugak lagi bagus* boleh tak bagi link blog, fb, twitter or etc lah.. kalau korang sendiri study situ lagi bagus.. mira nak tanya banyak soalan ni..huhu.. tolong komen kat bawah ye..pelishhhhhh
HARAP DAPAT BERI PERTOLONGAN YE :)

 

Isnin, 7 Oktober 2013

Bila Mood Blogging Hilang

Selamat hari Selasa , korang! Lama gila dah tak updated blog kesayangan hamba ni..hakhak *gelak dengan nada gedik* Kejap ye nak buang sawang-sawang, habuk-habuk and segala binatang yang melekat dekat blog ni.. *fuh..fuhh*
 Well, Mira sebenarnya kehilangan idea tak tahu nak updated apa kat sini.. I do the same activity everyday.. there's no such interesting thing.. hari-hari mira buat kerja rumah *kerja macam anak dara zaman dulu-dulu buat tulah*.. Almaklumlah, mira masih belum sambung study lagi, bulan depan baru start study balik.. lama gila wei tak study, dah dekat setahun! Rasanya sekarang ni pon dah kena start reset otak untuk sedia 'study mode'..
Okay lah, rasanya cukup setakat ni je kot..Mira nak pergi tolong ibu masak kat dapur jap 
*sebenarnya tolong menyemak je*

Till then. 
Bye
P/S: takde benda nak tulis. 
So, merepek meraban
 jelah yang mampu :)