Isnin, 19 Disember 2011

OMBAK RINDU the best!

salam..
hari ni mira nak story psal mira pegi tgk filem OMBAK RINDU..
tgh hari tadi mira g tgk cite ni, tgk kat MIDVALLEY MEGAMALL..
cite  tu mmg best giler..tgk skli rase nak tgk agi...
mmg sedih habes r,,.. smpai dalam panggung tu boleh dgr suara2 tangisan penonton.. 
ade yang sampai kene pujuk tuk bhenti mnangis...huhu...sian die...
ermmm...mira   pulak? hehe... of course lah nangis..cite tu sedih x kan nak mengilai pulak kan...
cite tu memang  BEST+SEDIH+ROMANTIK=rase nak tgk lagi lah....haha
so,TAHNIAH tuk para pelakon die especialy for MAYA KARIN,AARON AZIZ, n LISA SURIHANI coz filem ni mmg SUPERB!!
*tiket wyang
Ombak Rindu (Official Homepage)


              P/S:  thank you very2 much for   my 
aunty ROHAIDA YAHAYA
sbb bwk mia tgk cite ni..
n  4  farah farhana thanx sbb
 jd peneman setia..haha..  

Sabtu, 10 Disember 2011

geng 'giler-giler'..

Assalammualaikum..

This time MR nak tulis psal geng Giler2 Mr wk2 kat school...
Boleh dikatakan almost hari2 ktorag giler..
ehem..correction bkn giler yg msuk hospital tg rambutan tu ek! BUT prangai yg giler2 lah..
nak tau mcm mane ktorg jd giler?? ha.. ktorang bila TENSION mmg ske buat lawak 'pandai'..
hehe..bkn lawak bodoh ye!
kdang2 suke merepek2..dah smpai tahap kronik dah..
agaknye kalau g hospital mmg dah kene tahan kat WAD GILA..
hahahaha
tp tu lah..bila musim holday ni..terasa sunyi tanpa gelak ketawa yg gila-gila tu..
rindu nak lepak n gelak2 ngn diorg..
to my geng giler2 LALA,YANIE, ANA 
miss u all
x sbr nak gelak lagi lah..

ok ! MR nak kenalkan geng giler2 MR:
ARDIANI(YANIE)

NORMAIZATUL IZMA (LALA)

Roziana Sariff
ROZIANA (ANA)


ni lah geng giler2 MR .. 
diorang mmg happening  giler...
to my friend..
aq syg korang...






that's all 4 now..
nnt MR story psal benda lai plak ye..
BYE!
P/S:  yanie,lala, n ana..
jgn mara ha..
(^_^)

Jumaat, 9 Disember 2011

Rahsia minuman kegemaran

SALAM..
setiap org mesti ade air yang diorg ske minum.. so korang bace lah rahsia disebalik air kegemran korang tu...



LATTE
Sofistikated adalah keperibadian paling jelas yang dapat dilihat dalam diri individu yang gemar menikmati minuman ‘Latte’ ini. Selain itu sikapnya yang sentiasa bersifat ingin tahu dan sentiasa ingin belajar secara tidak langsung turut memperlihatkan dirinya yang terpelajar dan berpendidikan. 
Sekiranya kekasih anda menggemari minuman ini, aduh…beruntunglah anda kerana dia seorang yang romantik dan jiwanya penuh dengan kasih sayang. Si penggemar ‘Latte’ biasanya akan sentiasa dengan pasanggannya dan akan sentiasa cuba melakukan yang terbaik demi mengukuhkan lagi perhubungannya.

KOPI
Anda sesuai mengendalikan perniagaan sendiri. Si penggemar kopi biasanya memiliki keperibadian yang menyakinkan. Sikap yakin dengan kebolehan diri sendiri membolehkan mereka maju dalam apa jua bidang yang diceburi. Namun mereka ini juga memiliki sikap berjimat cermat yang teramat sangat sehingga ada yang menganggap mereka ini agak kedekut! Ya, mungkin kedekut kepada orang lain tapi bukan pada dirinya sendiri! Lihat sahaja gaya dan penampilannya. Boleh dikatakan dari hujung rambut hingga ke hujung kaki, semuanya barangan berjenama! Opps…dalam subjek mencari pasangan pula, mereka dikatakan terlalu cerewet! Hati-hati, jangan sampai orang lain bosan pula untuk mendekati anda kerana sifat cerewet anda itu.

KOPI SUSU
Wah, orangnya sentiasa kelihatan sibuk. gayanya juga bagaikan tak terurus dek kesuntukan masa. Si penggemar kopi susu ini memang tidak boleh duduk diam. Boleh dikatakan setiap waktu yang ada akan dipergunakan sebaik mungkin untuk melakukan kerja-kerja yang dirasakan agak penting. Ingat, anda juga perlu meluangkan masa untuk merehatkan minda. Anda bukannya robot yang mampu melakukan segala-galanya tanpa berehat. Paling tidak pun, kemaskan sikit gaya penampilan anda itu agar orang lain berasa selesa berdampingan dengan anda! Oh ya! Kasihanilah si dia yang sentiasa meginginkan perhatian dari anda. Jangan sampai si dia berasa bosan dengan sikap anda yang boleh dikategorikan dalan lingkungan individu yang ‘gila bekerja’. Belajar menyusun jadual harian anda agar hari anda berjalan lebih lancar dan jangan lupa, selitkan sedikit masa untuk bersama-sama si dia…mungkin dengan menonton wayang bersama!

TEH
Tenang dan bersahaja adalah tarikan utama pada kelompok individu ini. Mereka bijak menguasai keadaan dan tidak hairanlah sekiranya mereka mempunyai ramai teman. Selain itu, muzik adalah teman setianya. Mungkin si penggemar teh ini tidak kisah sekiranya dalam satu tempoh waktu tertentu dia tidak ditemani oleh mana-mana teman kerana peluang bersendirian yang ada itu digunakannya untuk menghayati muzik kegemarannya. Faktor kesihatan sentiasa mendapat perhatian anda kerana anda sentiasa inginkan kesihatan yang terbaik untuk diri anda Syabas!

MOCHA
Orangnya lincah dan gemarkan cabaran. Si penggemar Mocha mempunyai keperibadian yang agak keanak-anakan dan setiap bual bicara yang meniti di bibirnya pasti mempunyai unsur jenaka. Individu yang tergolong dalam kategori ini disifatkan sebgai individu yang sukar bersikap serius, boleh dikatakan setiap detik dan saat, tumpuan di dalam mindanya itu lebih kepada unsur-unsur keseronokkan dan mencari hiburan. Mereka juga gemar bersosial dan tidak gemar hidup bersendirian. Tidak hairanlah sekiranya mereka tidak mempunyai sehingga ke hari ini. Mana tidaknya, individu yang cuba untuk mendekatinya sentiasa merasa ragu-ragu untuk serius bercinta dengan si penggemar _Mocha ini. Sikap keanak-anakannya itu tentu sekali tidak menyakinkan pasangan bahawa individu itu telah bersedia untuk serius dalam percintaan. Mungkin penggemar _Mocha boleh cuba melakukan pembaharuan dalam hidupnya mulai hari ini.

MINUMAN SEJUK
Sekiranya anda lebih gemar menikmati apa saja minuman asalkan ’sejuk’ menunjukkan bahawa anda tergolong dalam kategori yang gemar bersosial dan berhibur bersama teman-teman. Anda lebih gemar berkumpul dengan teman-teman akrab anda dan boleh bersantai bersama mereka hingga berjam-jam lamanya. Selain itu anda juga memiliki daya pemikiran yang kreatif dan sentiasa ingin cuba tampil denga idea-idea baru dalam melaksanakan tugasan anda. Namun awas, minuman sejuk ini tidak baik untuk kesihatan.

MINUMAN PANAS
Penampilan anda kelihatan penuh menyakinkan dan matang. Mungkin ramai yang memperkatakan bahawa penampilan anda kelihatan lebih matang dari usia sebenar anda. Namun anda tidak pernah menghiraukan apa jua tanggapan orang lain yang diberikan kepada anda. Anda memiliki matlamat hidup yang tersendiri dan sentiasa berusaha untuk hidup merealisasikannya biarpun terpaksa berhadapan dengan bermacam-macam rintangan. Teruskan usaha anda itu.