Sabtu, 15 Jun 2013

Abah, Selamat Hari Bapa !


Abah,
Kaulah inspirasiku,
Pemangkin segala kejayaan ku,
Walaupun keberadaanmu bersamaku hanya sementara,
aku redha..
kerana..
Kau lebih disayangi oleh YANG MAHA ESA..
Terima Kasih Abah,
kerana sentiasa bersamaku,
walaupun hanya 15 tahun..
kerana sentiasa berada di dalam jiwaku,
dan Abah akan sentiasa akan berada disitu..

Abah,
Walaupun alam memisahkan kita,
Takkan ku lupa segala kata-katamu..
semua nasihatmu..
segala teguranmu..
gelak tawamu..
semua itu sentiasa segar diingatanku..

Abah,
Kaulah segala-galanya bagiku..
Kaulah Hero bagiku..
tiada sesiapa dapat mengantikan tempatmu dihatiku..
TERIMA KASIH ABAH!





P/S : selamat hari bapa, Abah!
Mira Rindu Abah..
Semoga Abah ditempatkan 
bersama orang yang
beriman..
AL- FATIHAH....... 

Isnin, 10 Jun 2013

Segmen Follow Mellow Sampai Lebam By Mira


Bismillahhirrahmanirrahim.. Ini pertama kali Mira buat segmen.. kalau segmen ni berjalan dgn lancar, mungkin mira boleh buat GA pulak lepas ni..AMIN ~
TUJUAN : segmen ni Mira buat untuk memudahkan Mira follow dan blogwalking semua blog peserta yang sudi singgah dekat blog Mira yang tak seberapa ni..secara tak langsung anda semua boleh tambah follower masing-masing and dapat mengeratkan lagi hubungan sesama kita  :)



CARA-CARA :
  1. semestinya korang kena Follow blog Mira dan like fan page Mira 
  2. buat entri bertajuk 'Segmen Follow Mellow Sampai Lebam By Mira'
  3. Paste kan banner yang hodoh kat atas ni dalam entri korang ! hehe
  4. Tinggalkan URL entri korang kat ruangan komen :)


PEMILIHAN PEMENANG : 
  1. 1 TOP REFERRAL akan dipilih dan akan memenangi 1 hadiah misteri !
  2. 5 orang pemenang akan di letakkan dalam bloglist Mira selama sebulan !
  3. Semua pemenang akan dipilih oleh Mr. Random .


TARIKH TUTUP :

10 JUN 2013


SENARAI PESERTA:

klik sini