Jumaat, 1 November 2013

Hanya Dia Yang Tahu



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al Baqarah, 2:21).

Memang lumrah kita sebagai manusia kita nak benda yang kita rasakan terbaik untuk kita, kan?? Tapi kita takde kuasa untuk mengubah apa yang telah ditetapkan untuk kita.. segala perkara telah DIA susunkan untuk kita adalah YANG TERBAIK.. cuma kita je yang kadang-kadang tak sedar..

Alhamdulillah..
benda yang Mira tunggu-tunggu selama ni dapat jugak..  Finally dapat jugak mira sambung belajar, walaupon tak sehebat orang lain.. at least adalah... Mira mengaku yang sebelum ni mungkin mira sendiri pernah kecewa yang teramat sangat sebab tak dapat sambung belajar macam orang lain.. satu pun takde yang sangkut.. Tapi tulah, Dia Maha mengetahui segalanya.. Dia tahu yang sebelum ni Mira mungkin fizikal je kot nampak bersedia tapi dari segi mental tak.. Ada satu malam tu sampai menangis sebab rasa diri ni useless giler ..

Alhamdulillah..
berkat kesabaran and doa seorang ibu, Mira dapat jugak apa yang mira nak.. Mungkin betul cakap ibu ''Dia tak bagi yang mu nak tu sebab Dia tahu mu takkan boleh bawak'' .. So sekarang, within 2 weeks mira akan pergi sambung belajar! Yeahhh *dalam hati risau sebab kena berpisah ngan family*   Okay lah, tu je buat masa sekarang,.. lain kali Mira update lagi ye..




Assalamualaikum...