Selasa, 19 April 2016

Unofficially graduated


17 April 2016 -  last paper for the Diploma. Setelah berakhirnya paper tersebut maka, berakhir jugaklah kesengsaraan ku selama 2 tahun setengah ni HUHUHU. Harapnya segala Ups and Down selama ni berbaloi lah. Kalau nak compare kan dengan kawan kawan seperjuangan yang ambil course lain, I mean kawan kawan masa SPM dulu, aku dapat habiskan diploma sejajar dengan mereka. Yes, kenapa aku cakap macam tu? Sebabnya dulu I got no chances to futher my study, tak dapat offer from any goverment university. Diorang dah start satu sem, but me still at home, tidur dan makan sepanjang tahun. Tapi alhamdullilah, Allah SWT have a better plan for me.Lepas almost setahun tanam jaung je kerjanya,  rezeki offer untuk further study from UiTM datang. 
So yaa, now i have already finished the 2 years and a half wonderful journey in Diploma in Science. Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Blog ni pun dah lama kena tinggal, Insyaallah, banyak post baru akan naik lepas ni, nak kena post pasal journey sepanjang diploma ni.. Simpan as kenangan untuk diri sendiri.. HEHE. 
Pengajaran yang mira dapat through out all this things is, Just believe in yourself, even kau tak sehebat orang lain, percaya satu benda, Allah ada sentiasa dengan kau, Plan yang dia dah sediakan sangat baik untuk diri kita walaupun kita tak dapat apa yang kita idam idamkan. Until then, wasalam.


Belanja gambar dengan para classmate :)

Sabtu, 20 Jun 2015

Turns 20


Terima kasih Allah
Terima kasih untuk nyawa yang masih diberikan hingga saat ini
Terima kasih atas segala pengajaran yang mematangkan diri ini
Terima kasih untuk tahun tahun yang akan datang
Terima kasih pengalaman 
Terima kasih Ibu Abah
Terima kasih keluarga
Terima kasih bakal keluarga
Terima kasih sahabat
Terima kasih semua
Terima kasih.


Ahad, 17 Mei 2015

Result sem 3 is here.


Alhamdulillah
.
.
.
Alhamdulillah
.
.
.
Alhamdulillah


Perjuanganku masih dapat diteruskan pada sem 4 yang akan datang, semoga tuhan memberkati apa yang aku perjuangkan ini dan dapat grad on time! 
Aminnnn

Till then.
Bye.

Jumaat, 17 April 2015

End of Semester 3!


alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
bersyukur sangat sebab segala tekanan, kecelaruan, kebimbangan about the final exam week is OVER
taraaaaaaaaaa
-fuhhhhh tarik nafas panjang-
Lega bila semua paper dah dijawab dengan jayanya.. now tunggu jelah hasilnya HAHAHA 
tetiba rasa macam nak active balik lah bloging session ni sebabnya macam dah lama sangat tinggal
kesian blog ni kusam tak bermaya dan tersangkut di skala enam HAHAHA 
cuti dekat dua bulan yang bermula besok pagi insyaallah akan ku mewarnai blog ku ini dengan sebaik mungkin
okay dah, jangan melalut jauh sangat mira oiiiiii
.
.
.
.
.
.
.
.
.
. Nah mira belanja sikit gambar siang tadi lepas habis last paper for this sem
.
.
.
.
.
.
.

Para roommate kesayangan hamba
From left : Farah si apple, Ika si sarabanon, Tuan tanah kedaung, dan Shaz si pengecas





Isnin, 30 Mac 2015

First paper sem 3 done.


first paper that is ELC 230 is done! got 5 more paper to be done.. hmmm cepat sikit pls 
k sambung layan movie kejap before sambung study..
got to go bye 

Jumaat, 27 Mac 2015

Final Semester 3


the last i wrote here is last year HAHAHA so long time ago, now i finally have finish up my classes for sem 3.. time are flying so fast..  But THERE IS NO STUDY WEEK poor me sobs sobs 
sem ni pack gilaaaaaa arghhhhhhhh *bukaktingkapterjun* 
thats it for now, got to go bye!





Rabu, 12 November 2014

Alhamdulillah


Alhamdulillah.. alhamdulillah.. alhamdulillah..
Denganrasa rendah dirinya mira mengucapkan syukur terima kasih kepada Allah SWT yang maha memberi rezeki.. dengan izinNya, mira dapat lulus semua subjek dalam sem ni.. semua sekali ada 8 Subjek, with double physics.. semua nya killer subject pulak tu, calculus, chemistry, biology.. fuhhh what a tiring semester..

biarlah orang nak cakap apa pun, walaupun tak dekan, mira dah bersyukur sangat dah ni, mira sedar kemampuan mira tahap mana.. Rezeki tuhan tu kan luas, mira percaya janji Allah tu.. 
thats it for now.. bye, assalamualaikum.


Khamis, 11 September 2014

Sesal Separuh Nyawa


'' Sesetengah perkara yang telah berlaku memang tidak harus di sesalkan, tetapi kesesalan yang datang dengan keinsafan tu manis harganya... ''


Jumaat, 5 September 2014

Jodoh Rahsia Allah


''Kadang kadang bercinta bertahun tahun tapi akhirnya berkahwin dengan orang yang baru kenal dua tiga minggu''

Harini mira bukan nak jadi doktor cinta, tapi hanya ingin share sedikit pandangan mengenai jodoh ( since selalu sangat dengar masalah cinta kengkawan ) walaupun mira sendiri pun tak pernah rasa benda gini,, tapi Macam macam yang kita dengar, ada yang bencinta putus di tengah jalan, yang dah kahwin beranak pinak pun boleh bercerai berai, yang remaja remaja ni pakat nak cari 'pemilik tulang rusuk' lah.. macam macam.. Sebenarnya satu je yang kita ingat, Allah swt dah tetapkan jodoh kita sejak dulu lagi, sebelum kita wujud kat atas muka bumi ni lagi.. So, lambat atau cepat semua tu akan datang.. Memang betul kita pun kena lah ada usaha ke arah itu, tapi jangan lah  beria ia sangat dik oii.. Dan bila yang bercinta berthaun tahun, yang bercerai semua tu jadi, percayalah semua tu ada hikmah yang tersendir, maybe you deserved someone better.. Terima semua ketentuanNya dengan ikhlas insyaallah ganjaran yang hebat menanti anda.. Bila kita dah betul betul sedia Allah swt akan hantar seseorang untuk kita, just believe in Allah.. 




'' Someone, somewhere.. is made for you ''

Ahad, 13 Julai 2014

I'm Back


ya allah, lama nya mira tak update kat sini kan? Kat sini internet lambat giler.. oh lupa nak bagitahu, sekarang mira dekat UiTM TAPAH tahu.. dekat je dengan rumah muahahaha... dah hampir sebulan lebih duduk dalam ni, buat masa ni semua okaylah, cantikkkkk! And walaupun dah petengahan bulan, mira still nak ucapkan selamat berpuasa, hari ni dah 15 ramadhan... tak lama dah nak raya kan! first time kot mira rasa puasa jauh dari family cenggini * walaupun tak de lah jauh mana * hahahaa.. lagi 4-5 tahun kot kot lah boleh berpuasa berdua pulak #ehh 
dah lah, sebenarnya entry ni nak buat pendek je, almaklumlah perut dah kenyang, banyak lagi kerja lain yang menanti ni... HAHAHA okay lah kesayangan semua tata :)

meh acah acah perantauan sikit hahahaaa

Selasa, 18 Mac 2014

It's been a long time....


Hi everyone, it's almost 3 months i haven't update my blog, fuhhhhhhh
i'm enjoyed my 'student life' happily and it had been so wonderful,..  I'm sorry dear my blog, i had been ignore you for all this time.. I promise that i'll keep you update, okay! But before that i have to struggled for my exam for sem 1 and after i had finished it i'll have a 'date' with you.. haha.. that's all, i have to do my online quiz before 12am... Bye :) 

From Left : Me, Amalina, Faiz, Mior and Kamil

Selasa, 31 Disember 2013

Selamat tinggal kenangan, Selamat datang masa depan..


Bismillahhirrahmannirrahhim..
pejam celik, pejam celik dah tiba tahun 2014.. rasa cepat sangat masa tu berlari berlalu..
dalam tahun 2013 ni dah macam macam kita lalui kan? ada pahit, ada manis.. tapi itulah kenangan yang tak dapat kita beli kat mana mana kedai..hehe.. Bagi mira sendiri, macam2 pengalaman yang mira dah rasa sepanjang tahun ni.. Alhamdulillah semakin banyak pengalaman yang kita lalui semakin matang fikiran kita.. Kat sini mira nak ucapkan terima kasih sangat sangat kepada orang orang yang sentiasa berada di sekeliling mira.. thanks for being with me all the time.. TERUTAMANYA keluarga mira iaitu IBU, IKA AND ALIFF... mira sayang korang sangat sangat.. Semoga tahun baru ni jadikan kita insan yang lebih baik dari sebelum ni.. azam korang ape? *azam mira tahun lepas punya pun belum langsai lagi* hehe.. marilah kita berazam bersama sama.. bye bye!

wajah kesayangan hamba


Ahad, 8 Disember 2013

Finally I'm Here

dah hampir 3 minggu mira kat sini, kat mana?! kat UITM NEGERI SEMBILAN lah !
i'm taking dip in sains :)
rezeki mira, mira dapat housemate and roomate yg sangat sangat sangat baik.. sekepala pulak tu..
hehe
kat sini agak pedalaman jugak coz kalau nak keluar ke pekan tu dekat 8km...
tapi takpe, kat best, sejuk, tenang je...
BUT still rindukan rumah :(
sabar mira, lagi 2 minggu cuti mid sem.. 
so boleh balik rumah!!!!!
HEHE
okay lah got to go... ade kelas lepas ni.. bye! 
Photo: #taklimatkemahiraninsaniah
this is Nana! my housemate :)

Till then
Bye

Jumaat, 1 November 2013

Hanya Dia Yang Tahu



“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” (QS Al Baqarah, 2:21).

Memang lumrah kita sebagai manusia kita nak benda yang kita rasakan terbaik untuk kita, kan?? Tapi kita takde kuasa untuk mengubah apa yang telah ditetapkan untuk kita.. segala perkara telah DIA susunkan untuk kita adalah YANG TERBAIK.. cuma kita je yang kadang-kadang tak sedar..

Alhamdulillah..
benda yang Mira tunggu-tunggu selama ni dapat jugak..  Finally dapat jugak mira sambung belajar, walaupon tak sehebat orang lain.. at least adalah... Mira mengaku yang sebelum ni mungkin mira sendiri pernah kecewa yang teramat sangat sebab tak dapat sambung belajar macam orang lain.. satu pun takde yang sangkut.. Tapi tulah, Dia Maha mengetahui segalanya.. Dia tahu yang sebelum ni Mira mungkin fizikal je kot nampak bersedia tapi dari segi mental tak.. Ada satu malam tu sampai menangis sebab rasa diri ni useless giler ..

Alhamdulillah..
berkat kesabaran and doa seorang ibu, Mira dapat jugak apa yang mira nak.. Mungkin betul cakap ibu ''Dia tak bagi yang mu nak tu sebab Dia tahu mu takkan boleh bawak'' .. So sekarang, within 2 weeks mira akan pergi sambung belajar! Yeahhh *dalam hati risau sebab kena berpisah ngan family*   Okay lah, tu je buat masa sekarang,.. lain kali Mira update lagi ye..




Assalamualaikum...

Isnin, 14 Oktober 2013

Salam AidilAdha!


HARI Raya Aidiladha mempunyai makna yang cukup besar kepada seluruh umat Islam di dunia. Ia juga dikenali sebagai hari raya haji, sempena umat Islam yang sedang menunaikan ibadah haji di tanah suci Mekah.
Salah satu keistimewaan Aidiladha ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari bermula selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke 13 Zulhijjah.
Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.

 

Khamis, 10 Oktober 2013

Sebelum Kau Menjadi Yang Halal Untukku


Ya Allah
aku berdo’a untuk seorang lelaki
yang akan menjadi sebahagian dari hidupku

Seseorang yang sangat mencintai-Mu lebih dari segala sesuatu
Seorang lelaki yang akan meletakkan ku pada posisi kedua di hatinya selain Engkau
Seorang lelaki yang hidup bukan untuk dirinya sendiri tetapi untuk Engkau

Wajah tampan dan daya tarikan tidaklah penting
yang penting adalah sebuah hati yang sungguh mencintai dan dekat dengan Engkau
dan berusaha menjadikan sifat-sifat-Mu ada pada dirinya
dan ia haruslah mengetahui bagi siapa dan untuk apa ia hidup sehingga hidupnya tidaklah sia-sia

Seseorang yang memiliki hati yang bijak, tidak hanya otak yang cerdas
Seorang lelaki yang tidak hanya mencintaiku tapi juga menghormatiku
Seorang lelaki yang tidak hanya memujaku tetapi juga dapat menasihatiku ketika melakukan kesalahan

Seseorang yang mencintaiku bukan kerana kecantikanku tapi kerana hatiku
Seorang lelaki yang dapat menjadi sahabat terbaikku dalam setiap waktu dan situasi
Seorang lelaki yang dapat membuatku merasa sebagai seorang wanita ketika aku disisinya

Ya Allah
aku tidak meminta seseorang yang sempurna namun aku meminta seseorang yang tidak sempurna, sehingga aku dapat membuatnya sempurna di mata-Mu

Seorang lelaki yang mmerlukan sokonganku sebagai peneguhnya
Seorang lelaki yang memerlukan do’aku untuk kehidupannya
Seseorang lelaki yang memerlukan senyumku untuk mengatasi kesedihannya
Seseorang yang memerlukan diriku untuk membuat hidupnya menjadi sempurna

Ya Allah
aku juga meminta
Jadikanlah aku menjadi wanita yang dapat membuatnya bangga
Berikan aku hati yang sungguh mencintai-Mu sehingga aku dapat mencintainya dengan sekadar cintaku
Berikan aku sifat lembut sehingga kecantikanku datang dari-Mu
Berikan aku tangan sehingga aku selalu mampu berdo’a untuknya
Berikan aku penglihatan sehingga aku dapat melihat banyak hal baik dan bukan hal buruk dalam dirinya
Berikanlah aku lisan yang penuh dengan kata-kata bijaksana, mampu memberikan semangat serta menyokongnya setiap saat dan tersenyum untuk dirinya setiap pagi

Dan bila mana akhirnya kami akan bertemu, aku berharap kami berdua dapat mengatakan

“Betapa Maha Besarnya Engkau karena telah memberikan kepadaku pasangan yang dapat membuat hidupku menjadi sempurna.”

Aku mengetahui bahawa Engkau ingin kami bertemu pada waktu yang tepat. Dan Engkau akan membuat segala sesuatunya indah pada waktu yang telah Engkau tentukan
Amin Ya Rabbal ‘alamin.

Sumber : Mr. Google

P/S: SALAM JUMAAT SEMUA,.
Credit to : PAGE Cinta Selepas Nikah

Rabu, 9 Oktober 2013

Kaum Hawa, sila jaga diri anda sebaik mungkin !


tengah scroll TL facebook tetiba nampak ramai gila post pasal cerita kes rogol student kptm kl tu, dan yang membuat kerja terkutuk tu ialah mamat bangla?! Lepastu mangsa tu pulak dirogol bergilir-gilir oleh 13 orang manusia kejam! Ya Allah, korang ni manusia ke apa hah?! Banyak jugak kes lain yang orang satu kaum, seagama dengan kita rogol bangsa sendiri.. what the ****?!  kenapa lah kejam sangat.. Sampai mangsa meninggal dunia pulak tu..astaghafirullahhalazim...Cubalah fikir sikit kalau benda yang sama terjadi pada keluarga korang, korang sanggup ke tengok family korang menderita?! tak tahu nak cakap apa dah.. Kes macam ni dah berlambak-lambak dah sekarang..Dunia akhir zaman lah katakan.. So, wahai kaum hawa, adik, kakak, makcik, nenek semua tolong jaga diri anda! TOLONG jangan mudah percaya sangat kata-kata orang lain even kawan kita sendiri.. dah terlalu banyak kes kawan yang tak boleh harap, sampai sanggup makan kawan sendiri..ish ish ish.. Kalau nak keluar tu harap jangan lah keluar sorang-sorang and jangan terlalu berani jugak  sebab kaum adam ni pantang dicabar.. Lastly, tolonggglah kalau boleh pakai pakaian yang boleh menyelamatkan kita bukan yang boleh memudaratkan diri sendiri *paham-paham sendirilah ye*  OKAYLAH, itu je buat masa sekarang ni,.. moga-moga kita sama-sama dilindungi olehNYA dan dijauhi daripada ancaman sebegini.. AMIN

Selasa, 8 Oktober 2013

CFS IIUM should i???


bukak je email tgh hari tadi, dapat email dari iium diorang bagitahu mira ditawarkan course
 FOUNDATION IN HUMAN SCIENCE
Sekarang ni buntu gila tak tahu nak buat apa..dah lah takda basic arab langsung, even bacaan tajwid pon tak berapa nak betul..*malu nak ngaku..huhu*
tapi rasa macam nak pergi je.. coz i think it os a good chance for me..bukan semua orang dapat peluang macam ni kan..huhu..buntuuuuuu teramattttt sangattttt
Banyak giler soalan nak tanya pasal cfs iium ni.. kalau ade sesapa kenal orang yg study situ *kalau dapat yang course HS jugak lagi bagus* boleh tak bagi link blog, fb, twitter or etc lah.. kalau korang sendiri study situ lagi bagus.. mira nak tanya banyak soalan ni..huhu.. tolong komen kat bawah ye..pelishhhhhh
HARAP DAPAT BERI PERTOLONGAN YE :)

 

Isnin, 7 Oktober 2013

Bila Mood Blogging Hilang

Selamat hari Selasa , korang! Lama gila dah tak updated blog kesayangan hamba ni..hakhak *gelak dengan nada gedik* Kejap ye nak buang sawang-sawang, habuk-habuk and segala binatang yang melekat dekat blog ni.. *fuh..fuhh*
 Well, Mira sebenarnya kehilangan idea tak tahu nak updated apa kat sini.. I do the same activity everyday.. there's no such interesting thing.. hari-hari mira buat kerja rumah *kerja macam anak dara zaman dulu-dulu buat tulah*.. Almaklumlah, mira masih belum sambung study lagi, bulan depan baru start study balik.. lama gila wei tak study, dah dekat setahun! Rasanya sekarang ni pon dah kena start reset otak untuk sedia 'study mode'..
Okay lah, rasanya cukup setakat ni je kot..Mira nak pergi tolong ibu masak kat dapur jap 
*sebenarnya tolong menyemak je*

Till then. 
Bye
P/S: takde benda nak tulis. 
So, merepek meraban
 jelah yang mampu :)

Rabu, 18 September 2013

Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz

Duo Mega Giveaway by Fiqa Nsz & Adam Faiz


*KLIK BANNER*

Jom join duo mega giveaway oleh Fiqa Nsz dan Adam Faiz!
Hadiah Gempak habis!
16 hadiah untuk dimenangi seperti hp case, kain pasang sutera vietnam, kemeja, produk kecantikan, koleksi baju, topup dan banyak lagi!

cepat-cepat join sebelum giveaway tamat 20 September 2013! KLIK SINI!